Peralihan Kerajaan ( PR ke BN ) di Negeri Perak Hee Yit Foong

Akibat penarikan sokongan beliau, Hee Yit Foong telah diugut bunuh dengan penubuhan e-kubur yang menggalakkan orang ramai menyembahnya dan membakar colok kepadanya di laman memorial . Setakat 14 Februari 2009, seramai 1.5 juta orang telah melawat situs memorial tersebut untuk menyatakan kenangan mereka terhadap Hee Yit Foong, termasuk membersihkan kuburnya, membakar colok, menyembah makanan, menyembah arak, menyembah bunga dan mendedikasikan lagu di kuburnya.